Apa yang ada hanyalah Kehidupan

ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ASHADUALLAH'ILAHAILLAWLAH
ASHADUALLAH'ILAHAILLAWLAH
ASHADUANNAMUHAMMADARRASULLULLAH
ASHADUANNAMUHAMMADARRASULLULLAH
HAIYAALOSSOLAH
HAIYAALOSSOLAH
HAIYAALALFALAH
HAIYAALALFALAH
ALLAHHUAKBAR
ALLAHHUAKBAR
LAILAHAILLAWLAH

INNASSOLATI, WANUSYUKI, WAMAHYAYA, WAMAMATI, LILLAHHIRABILALAMIN.

Saturday, October 2

Hidayah dicari bukan dinanti

Salam..
Agk lembab juga diri nie setelah berlalunya Ramadhan. Kekuatan yang diraih semasa ramadhan akn diuji sehingga dtngnya ramadhan lagi itu pun kalau diizinkan Allah azawajalla. Ramadhan Bulan yang bukan hanya penuh hikmah dan barakah ianya juga bulan untuk servis jiwa, akal, nafsu dgn pelbagai faedah yng dpat diperolehi jika dikerjakn dengan tekun dan tawaduk( sedang senyum kambing)..
Badan mula rasa sengal-sengal, rasa malas mula menular dalam diri(mengaru kepala yang tak gatal) Astagfirullah.. Benarlah kata-kata Rasulullah jihad melawan hawa nafsu nie memang sesuatu yang mencabar iman, sedikit kesilapan dan kelalaian akan menggundang lebih banyak lagi perkara-perkara laen yang boleh merosakan iman..ish,ish.. Aku tidak boleh terus begini kena usaha untuk kembali ke landasan asal dan kena improve ke landasan yang lebih kukuh lagi(zikrullah bermula)
Sebenarnya ada cerita yang ingin aku kongsikan dalam entri nie yang aku rasa ade kena mengena dengan tajuk entry nie. Setiap kali syawal pasti aku teringat sebab ianya diceritakan pada aku pun dibulan syawal jugak.. Pada setiap 1 syawal selepas solat sunnat Aidilfitri sebahgian dari penduduk kampung aku akan berkumpul disurau untuk tahlil dan doa. Kemudian acara makan berjemaah kemudian bermulalah acara bebas biasanya perbualan hal dunia hal-hal yang kadang-kadang menyakitkan hati orang termasuk le aku.. Ish,ish lemahnya aku..
Tapi ada jugak la yang mengerakkan minda dan ilmiah untuk di jadikan pedoman.. Inilah yang bakal ku abadikan dalam entry nie..jeng jeng jeng..(maaf sound sistem kurang memuaskan)

Allahyarham Haji Kalanak adalah salah seorang penduduk kampung aku(kira Atuk sedara sepupu) sifat pemurah dan peramahnya memang diketahui oleh orang orang kampung.. Arwah suka berbasikal( tak pernah nampak naik moto) masa Arwah muda muda dulu tak tau la.. sehinggakan anak anak cucu cucu warga kampung aku mengelar Arwah Fuang basikal(FUANG bahasa bugis : ATUK) dan setiap pagi Syawal disurau Arwah akan hadir dengan membawa 1 bungkusan yang berisi duit syiling 20sen dan 50sen dan duit syiling nie akan diberikan pada setiap orang yang hadir pada pagi tu.. Semua orang dapat sama ade 20sen atau 50sen tanpa mengira peringkat umur semua akan diberikan duit raya walaupun kecil tapi cukup bermakna bagi aku.. ( rindu ku kat Arwah) dan cerita entry nie ku dengar dari Arwah.. Semoga Allah menempatkan rohnya bersama orang orang yang beriman Amin.. Begini ceritanya..

Terdapat sebuah kampung dipinggiran pekan, tinggal sebuah keluarga yang kuat perpegang pada agama (umah pak imam) pak imam nie de seorang anak dara yang sangat cantik (kecantikanya bagaikan purnama anugerah Allah) jadi pada satu malam ade seorang pencuri sedang mengendap gendap umah iman nie dasar pencuri tak kira umah sape, tengah dok gendap nie terpandanglah wajah anak pak imam nie sehinggakan terkeluar air duitnya.. (anak pak imam ni jarang2 keluar bukan macam perempuan zaman sekarang nie) terpegun dan terpakulah sipencuri tadi.. terdengarlah pula perbualan pak iman ni dengan anaknya.. "Imam: Wahai anakku ayah dapat merasakan yang ayah tidak akan lama lagi didunia nie..rasa-rasanya sudah tiba masanya untuk kamu bersuami" "Anak: Wahai ayah yang ku kasihi janganlah ayah berkata begitu pasti Allah telah menentukan segala-galanya" " Benar katamu anakku.. Akan tetapi kita kena berusaha, berdoa dan bertawakal.. Andainya ku bertemu insan yang baik akan ku jodohkan dengan mu" " Terpulanglah pada ayah.. baik bagi ayah baik jugalah pada saya"
Setelah mendengar perbualan tersebut timbullah idea dikepala sipencuri tadi. (emm pe agak2nya ya). Pulanglah sipencuri tadi dengan gembira walau pun tanpa mencuri apa2 barang pun.(pelikkan..)
Keesokan harinya sipencuri keluar ke pekan. Banyak juga barang yang dibelinya seperti serban, tasbih, Al-Quraan, buku, jubah, kopiah dan macam2 lagi. Bila tiba waktu solat mahgrib sipencuri telah lengkap berpakaian seperti org2 alim kononya.. Sebelum tu sipecuri tadi dah pasang perangkap dilorong kecil yg selalu dilalui oleh imam ( kebiasaannya berbasikal) untuk ke masjid. Sipencuri menuggu imam tersebut lalu setibanya iman tu tiba2 tayar basikalnya meletop hingga terjatuh.. Sipencuri tadi keluar pura2 membantu.. "Ya Allah.. Kenapa nie pakcik, macam mane boleh jatuh nie" sipencuri pura2 bertanya.. Setelah menolong mereka pn jln sama2 pulang ke rumah imam tdi. "Saya nie musafir imam" kata pencuri. " O.. Klw begitu kamu bermalam je dirumah saya" " alhmdulillah" sambil tersenyum..
Pd malam itu setelh makan mereka pn beborak-borak la diselang seli dengan ketawa.. tiba-tiba pak imam mengajukan soalan yang memang ditunggu-tunggu "kamu dah kahwin " kata imam. " belum de jodoh imam" kata pencuri ade can nie.. Walaupn pakimam belum kenal benar tapi dia dapat merasakan yang pencuri tu adalah jodoh anaknya.. seminggu kemudian mereka pun dinikahkan..
Sehari selepas majlis pak imam jatuh sakit tiadalah penganti untuk solat jumaat.. Lalu pak iman menyuruh menantunya mengantikannya.. Maka pening kepala la menantu nie tadi namun cuba untuk cari jalan menggelak "mampus aku apa aku khutbah nanti pasti pecah la tembelang ku nanti" katanya dalam hati..
Namun takdir Allah Azawajalla telah menentukan segala-galanya, Demi isterinya setelah dirayu sipencuri bertekad untuk pergi ke masjid juga walau pun dia sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku nanti..
Setibanya dimasjid maka ramailah umat islam yang sedang menanti kedatanganya kerana telah dimaklumkan akan siapa yang akan menjadi khatib dan imam. Melakah perlahan tanpa melihat sekeliling sipencuri naik ke mimbar dalam keadaan yang ketakutan tapi masih cuba mencari jalan untuk mengelak.Setibanya diatas mimbar dia cuba mengangkat kepala "Ya Allah ramainya orang " bisik hatinya.. Secara tetiba dia terlihat cahaya dari luar tingkap(tingkap zaman dulu hanya mengunakan 2 daun pintu yang kecil) terdetik la dihatinya untuk lari keluar dari situ, lalu dia melompat dari mimbar dan terus belari menuju ketingkap yang terbuka itu, dia melompat keluar dari masjid dan berlari sekuat hati...yiehaaa.. entah mengapa dia merasakan ada orang lain sedang berlari juga dibelakangnya lalu dia menoleh, dilihatnya semua orang yang dimasjid tadi telah melompat juga melalui tingkap dan mengejarnya alamak.. Setelah semua orang didalam masjid keluar berlari mengejar pencuri tadi RUNTUHlah masjid tersebut secara tiba-tiba.. wah semua orang merasa terkesima dengan kejadian itu semakin yakinlah mereka pada sipencuri itu ulamak yang tinggi ilmunya.. Dia pun pulang dalam keadaan sedih dan rasa bersalah menyalubungi dirinya walau pun hakikatnya semua orang memuji dan berterima kasih padanya.. Sampai dirumah dia menangis teresak-esak didalam bilik, isterinya yang bigung menayakan mengapa suiminya itu menangis " Oh isteri ku yang kukasihi aku sebenarnya bukanlah orang baik pelbagai dosa dosa ku telahku lakukan mencuri, merompak, menipu, tidak solat apatah lagi puasa""ku juga telah menipu pada ayahmu akan keadaan diriku semata mata untuk memilikimu" kata pencuri pada isterinya.Isterinya hanya diam membisu. Sipencuri meneruskan ceritanya pada isteri tanpa apa-apa rahsia lagi.Setelah itu isterinya pun berkata "Wahai suamiku yang kuhormati ku juga ada rahsia yang ingin ku sampaikan padamu""Sebenarnya ayahku telah bermimpi akan kedatangan mu ini dan segala galanya ku terima kerana ianya takdir Allah SWT. Aku dan ayahku redha atas segala takdirnya, harapan ku hanya agar dikau bertaubat" "Demi Allah dan Rassulullah aku Bertaubat" Setahun kemudian beliau telah menjadi antara Ulamak yang terkenal didaerah itu..Wassalam..