Apa yang ada hanyalah Kehidupan

ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ASHADUALLAH'ILAHAILLAWLAH
ASHADUALLAH'ILAHAILLAWLAH
ASHADUANNAMUHAMMADARRASULLULLAH
ASHADUANNAMUHAMMADARRASULLULLAH
HAIYAALOSSOLAH
HAIYAALOSSOLAH
HAIYAALALFALAH
HAIYAALALFALAH
ALLAHHUAKBAR
ALLAHHUAKBAR
LAILAHAILLAWLAH

INNASSOLATI, WANUSYUKI, WAMAHYAYA, WAMAMATI, LILLAHHIRABILALAMIN.

Friday, July 29

Ilmu Amal: Tazkiyatun Nafs Sebelum ke Alam Barzakh

Ilmu Amal: Tazkiyatun Nafs Sebelum ke Alam Barzakh: "Bermulalah semula rutin tahunan sepanjang kehidupan. Kedengaran lagu-lagu nasyid diputarkan di media, drama-drama keinsafan di tayangkan, ik..."

Wassalam..

Sunday, July 3

10 Amalan Popular Tetapi Songsang!

10 Amalan Popular Tetapi Songsang!

Wassalam..

Andai Isteri ku Artis

Assalamualaikum...

(sedang menonton telivesen bersama keluarga tetiba je nak buat entry nie).

Sayang... Andainya dirimu artis pasti kau berada didalam Tv dan aku dirumah bersama anak2 hanya menonton..
Pasti berjuta mata lelaki sedang melihat persembahan mu,sama ada dikaca tv atau yang melihatmu secara lansung.....
pasti ada yang melihatmu dengan keinsafan,(insaf tapi tenggok jugak)
sudah tentu ada yang melihatmu dengan hawa nafsu, (geram lagi tengok bini orang)
ada pula yang melihatmu dengan rasa menyampah, (jealos agaknya)
aku melihat pula dengan rasa bangga dan riak sebab ada isteri seorang popular, cantik, menggoda dan tentulah baik punya...(konon suami yang very understanding and supporting gila)(sebab aku tak yah keja cuma jaga anak-anak, makan minum bini aku tanggung maklumlah artis mestilah banyak duit).ha ha ha ha....

Tetiba aku rasa macam kena cubit " adoi sakitnya " " berangan kew " oh baru aku sadar dari lamunan yang yang di sponsor oleh syaitan and iblis holding sdn.bhd. yang memang suka membuat manusia lalai leka dan beranggan macam aku tadi. Nasib baik Allah bagi aku satu bidadari surga jelmaan dunia untuk cubit peha aku agar tidak terus tengelam oleh angan-angan Alhamdulillah..
Oh bidadariku rasanya tidak sanggup aku membiarkan tubuh mu sayang dijamah oleh mata mata lelaki lain yang bukan muhrim walau pun cuma diaorang dengar suaramu pun abg jealeos. Kita mungkin akan hanyut dalam dunia kerana sebagai maknusia kita ada satu sifat yang agak susah untuk kita ubah dengan segera iaitu nikmat yang apabila kita sudah terbiasa dengan nikmat itu apabila tiba tiba hilang pasti kita akan merasa murung dan kecewa. Sebab aku pernah rasa dulu aku pernah hidup dalam kemewahan namun segalanya milik Tuhan musibah menimpaku tiba tiba aku kehilanggan hampir segala-galanya.Dari empat roda ke tak de roda langsung padam muka aku..
Namun aku bersyukur sangat sangat kerana ALLAH sangat sayangkan aku, Dia menyadarkan aku agar aku tidak terus hanyut dalam kemewahan dunia. Ya dulu aku pernah hanyut, hanyut yang hampir melemaskan aku terus dalam ombaknya. Kini aku meneruskan sisa sisa perjalanan untuk aku cuba memperbaiki beberapa atau seberapa banyak kelemahan diri untuk menuju kealam seterusnya, Setiap yang hidup pasti mati dan yang mati akan masuk kubur dan bila masuk kubur pasti kena soal dan bila kena soal kenalah bersedia dengan jawapanya. kalau tak boleh jawab teruk le kena belasah sampai hancur,kemudian disambung balik badan yang hancur tadi dan ditanya lagi soalan ianya akan berulang ulang sehingga sama ada kita dapat jawapannya and go to next question atau kena la belasah hari hari sehingga datangnya hari khiamat..
Alamak bidadari den dah bising nak ampai baju dah tak cukup ruang adik aku ada balik so penuh la ampai so insyaALLAH kita berbicara lagi dilain waktu dilain masa dilain ketika eheheh dah la tu Wassalam..

Saturday, July 2

Kepada Insan yang telah ku tipu.....

Aku memohon maaf kepada seorang insan yang telah ku berbohong kepadanya baru-baru nie.. Permohonan maaf secara terbuka diblog dan FB ni kerana aku tidak mengenali beliau..secara kebetulan Aku terserempak dengan beliau disalah satu masjid didaerah Batu pahat.

Begini cerita sebenarnya.. Secara kebetulan aku singgah dimasjid untuk menunaikan solat zohor sebabnya tentulah dah masuk waktu dan berniat untuk berjemaah(perasan diri alim). Sebelum solat kena la ambik wudukan tapi terasa nak terwewe(buang air kecil) pulak lalu aku pun menuju ke tandas namun sebelum masuk kediaman syaitan kena la baca doa(konön beriman la tu). Keluar tandas pun baca doa jugak(tak baik je aku cerita amalan pada orang lain ish..ish jgn riak).

Sedang aku nak mulakan berwuduk (tempat berwuduk berada betul dihadapan tandas tadi) tetiba aku ternampak seorang insan nie terus je masuk tampa berdoa atau menutup kepalanya lepas tu langkah masuk pun kaki kanan ish..ish.. Lepas siap je ku berwuduk timbul la idea nak tegur insan tadi tapi macam mane yek???

Nampak sahaja dia keluar dari tandas aku pun terus tutup hidung menunjukkan riaksi pada insan tadi bahawa dia busuk.. dengan dahi yang berkerut Dia pun tanya la kat aku "kenapa ni bro ade bau apa2 ke?"

Dengan selamba je aku jawab " ade bang, Bau Taik tapi bukan setakat bau je bang taiknya pun saya nampak". Dalam keadaan yang bingung insan tadi pun membelek-belek dirinya.. Kerana tidak nampak apa-apa dia tanya lagi "kat mana bro?".
Memang nak kena nie kata aku dalam hati masih tak faham maksud aku lalu dengan selamba je aku jawab " kat atas kepala" dan terus je aku tinggalkan dia dalam keadaan binggung dengan jawapan aku tadi, lepas solat aku rasa bersalah kerana berbohong timbul dalam diri aku pun cari insan tadi sama ada lagi tak untuk aku memohon maaf darinya kerana telah menipunya sebab aku tak bau busuk pun dan tak nampak pun najisnya....
Aku harap insan tu dapat maafkan aku..tidak sengaja untuk menipu atau pun mempermain-mainkan beliau....wassallam..
P/s, Tolong maafkn aku bro..Peace yo!!