Apa yang ada hanyalah Kehidupan

ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ASHADUALLAH'ILAHAILLAWLAH
ASHADUALLAH'ILAHAILLAWLAH
ASHADUANNAMUHAMMADARRASULLULLAH
ASHADUANNAMUHAMMADARRASULLULLAH
HAIYAALOSSOLAH
HAIYAALOSSOLAH
HAIYAALALFALAH
HAIYAALALFALAH
ALLAHHUAKBAR
ALLAHHUAKBAR
LAILAHAILLAWLAH

INNASSOLATI, WANUSYUKI, WAMAHYAYA, WAMAMATI, LILLAHHIRABILALAMIN.

Sunday, January 30

Cinta, Kasih dan Sayang..

Salam..
Baru baru nie ada seorang rakan bertanyakan pada aku di FB apa beza antara Cinta kasih dan sayang.. Wow mendalam nie pada aku la tapi pada orang lain aku tak tau la..
Aku pun cuba la jawab seberapa yang mampu..lagi pun kat FB nie terhad je commentnya.. Kerana aku rasa tidak puas dengan bebelan aku sendiri di FB kali nie aku nak bebel panjang sikit kat Blog aku jadi aku punya suka la yea..

CINTA.. Satu istilah yang aku rasa sejak orang dulu lagi dah guna perkataan nie, dalam Al-Quraan dan hadis2 pun ada perkataan ini setelah diterjemahkan. Ianya amat luas dari pelbagai segi baik rohaniah atau jasmani. Namun cinta yang paling Agung hanyalah pada ALLAH SUBHANAWATAALA.. Ianya terlalu tinggi martabatnya hingga boleh membuat seseorang yang telah tenggelam dalam cinta ini berubah dari keseluruhan segi jiwa, nafsu, akal dan jasadnya..
Abu Razin ak-Uqali pernah bertanya pada Rasulullah SAW mengenai iman: Baginda menjawab ianya menempatkan Allah Azawajalla dan Rasul-Nya dengan kecintaan yang lebih tinggi berbanding yang lain2. Akan tetapi tingkat cinta ini sukar untuk ditemui pada zaman yang serba maju sekarang ini kalau ada pun pasti akan mudah disalah ertikan oleh masyarakat.. Diceritakan dari As-Sirri as-Suqti: Pada hari Kiamat umat manusia akan diseru oleh nabi masing-masing akan tetapi seruan seperti itu tidak dialami oleh orang-orang yang mencintai Allah Azawajalla kerana mereka akan diseru secara khusus dan ketika itu hati mereka seolah-olah hendak tertanggal kerana teramat gembira Masyaallah..
Jadi Cinta hanya layak digelarkan Cinta apabila ianya di letakkan pada keseluruhan jiwa raga.

KASIH.. Ianya melibatkan soal perasaan. Suatu sifat yang lebih tebuka dan dapat dirasakan melalui penglihatan dan sifat yang tersembunyi hanya dirasakan oleh mata hati.. Keterbukaan sifat kasih ini membuat manusia sentiasa tolong menolong, bantu membantu, bersimpati walaupun kepada mahluk-mahluk yang lain.. Namun sifat kasih ini juga semakin hilang dari dalam diri manusia.. Kita boleh lihat semakin ramai bersikap kejam tidak mengira lagi soal perikemanusian. Bunuh membunuh, hasad dengki, soal kuasa serta pelbagai bentuk kerosakan dan kemusnahan.. Ketamakkan membuat manusia hilang pertimbangan..
Kasih pada aku ianya bukan sahaja terletak pada manusia akan tetapi pada seluruh isi alam..

SAYANG.. Hmm.. Sifat sayang pun boleh diketegorikan sebagai sifat terbuka namun agak peribadi, ianya juga andai diletakan pada tempat yang salah akan membuat seseorang itu berhadapan dengan pelbagai permasaalahan. Contoh sayang nak tinggal rancangan TV padahal waktu solat dah nak habis..ish-ish.. Namun sifat sayang ini jika diletakkan pada tempat yang betul ianya akan menjadi kekuatan pada seseorang contoh.. Seseorang yang Sayangkan AGAMA dan negaranya akan sanggup mati demi mempertahankanya.. ALLAH HUAKBAR.
Jadi kesimpulan dari aku yang sekolah tak setinggi mana nie ialah Letakanlah Rasa Cinta Kasih dan Sayang pada tempat yang sebenar-benar dan sebaik-baiknya. Jadikanlah sifat yang Allah Azawajalla anugerahkan pada kita manusia nie pada kedudukan yang diredainya Insyaallah kita akan mendapat merasa kembali nikmat yang tidak kita rasakan sebelum ini..
Wassalam..

Saturday, January 22

Kenapa perlu marah marah...

Ade yang tanya aku soalan ini, tpi ku masih belum betul betul pasti jawapannya tapi ku nak cuba jawab juga dalam blog ku nie blog aku sukati aku la kan kan..

Sebenornya aku pun tak pasti yang aku tahu pekataan MARAH kalau ditebalikan jadi la HARAM.. Ish ish..
Tapi orang kata la, kalau tak MARAH pun tak boleh jugak.. Pening..pening, kejap boleh kejap tak boleh, manusia sering meletakkan anggapan peribadi pada sesuatu perkara itu tanpa melihat dengan lebih dalam lagi.. Kalau dari sudut agama pulak Marah nie bukan perkara yang digalakkan atau di perintahkan bahkan ianya dianggap tingkah laku iblis latnatullah yang MARAH apabila diperintahkan ALLAH AZAWAJALA untuk sujud pada Nabi Adam a.s. Pada ketika itu iblis laknatullah meletak rasa MARAH pada sifat ego, bangga diri, cemburu dan tamakkan kedudukannya sebagai Ketua malaikat pada masa itu..
Jadi kesimpulan yang aku boleh letakan kat sini adalah jangan MARAH-MARAH ianya sifat iblis laknatullah.. Gunakan sifat itu pada iblis itu sendiri..MARAHkan mereka kerana menganggu hidup manusia.. Dan gunakan sifat SABAR dalam kehidupan.. Sesungguhnya hanya dengan menunaikan Solat 5 waktu hidup kita akan lebih lancar dan tenang.. INSYAALLAH..
Wassalam..