Apa yang ada hanyalah Kehidupan

ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ASHADUALLAH'ILAHAILLAWLAH
ASHADUALLAH'ILAHAILLAWLAH
ASHADUANNAMUHAMMADARRASULLULLAH
ASHADUANNAMUHAMMADARRASULLULLAH
HAIYAALOSSOLAH
HAIYAALOSSOLAH
HAIYAALALFALAH
HAIYAALALFALAH
ALLAHHUAKBAR
ALLAHHUAKBAR
LAILAHAILLAWLAH

INNASSOLATI, WANUSYUKI, WAMAHYAYA, WAMAMATI, LILLAHHIRABILALAMIN.

Monday, March 28

YAng Terindah hanya sementara

assalamualaikum... Yaa bakal bakal ahli kubur sekalian..(temasuk lah aku)kan kan kan..
Aku memang suspek abis kat title post nie, mau tak nya macam tajuk lagu tu.. Hi hi hi(sedang perasan yang diri ku kelakar)
Memang benar apa saja kita sedang kecapi dan yang bakal kecapi pasti kita mau hidup yang penuh keindahan dan terindah(sebagai nikmat dalam hidup) ianya pada aku lumrah kejadian manusia.. Kita adalah keturunan Nabi Adam a.s. Yang telah diciptakan oleh Al-MALIK, kemudian berlaku peristiwa syaitan menderhaka kepada Al-AZIZ gara gara tidak mahu sujud pada Nabi Adam a.s. Dan pada masa itu jugalah wujudnya permusuhan antara manusia dan syaitan. Kemudian Nabi Adam as telah ditempatkan disurga..(fitrah kita) dalam diri setiap manusia mahukan yang terindah asal usul duduk surgakan, namun yang terindah hanya sementarakan Akhinya Nabi Adam as telah dibuang kedunia gara gara musuh kita syaitan.(tpi masih ramai yg nak kawan dengan musuhnya sendiri) kita mudah ditipu, yang salah kita kata betul, yang betul kita kata salah.. Lagi la zaman nie, dah entah berbilion juta tahun agaknya syaitan dok kaji sifat2 manusia tang mana depa nak bagi jahanam hidup kita nie. Mahluk nie kalau depa x dapat jahanamkan hidup kita kat dunia, depa dok layan kita supaya lalai dan leka kat dunia ni biar jahanam hidup kita kat Akhirat pulak..
Jadi aku nak nasihat pada diri aku ni agar aku selalu ingat pada ALLAH AZAWAJALLA, ingat Mati, ingat solat berjemaah, amal sunnah seberapa banyak yang mampu, ikhlas, jujur, amanah, sabar dan selalu selalulah membaca Kalam Allah(Al-Quraan). InsyAllah..Wassalam..

Saturday, March 19

Tolong Doakan Aku

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dalam kesibukkan dunia masih ada lagi kesempatan yang dikurniakan Al- Aziz buat aku untuk membuat nota nota peribadi.
Redha dengan ketentuan adalah antara asas asas Iman yang amat penting bagi mendekat diri dengan Al-Malik. Namun hanya perkataan Redha saja yang mudah disebut namun untuk melaksanakannya bukan perkara yang mudah. Namun hakikatnya semua ujian yang diberikan adalah bersesuaian dengan kemampuan mahluk. ALLAH TIDAK PERNAH MENZALIMI MAHLUKNYA, namun mahluk yang sering berlaku zalim pada dirinya sendiri. Begitu juga dengan aku, masih mencari dan berusaha untuk redha namun hidup didunia yang penuh dengan kepalsuan bukan perkara enteng. Lihat saja disekeliling aku, maksiat bagaikan satu perkara biasa. Dari pelbagai sudut dari tuntutan hawa nafsu hingga ke soal ibadah pun diiringi maksiat. Bercakap atau melontarkan pendapat memang mudah namun untuk merealisasikan adalah ujian yang berterusan. Sifat kesabaran yang tinggi dan istiqamah yakni berterusan hanyalah jalan terbaik untuk menuju kearah redha.
Ibarat kail panjang sejengkal jangan lautan nak diduga sama la dengan usaha untuk redha tpi ilmunya tidak dituntut (dipelajari). Menimba ilmu agama adalah cara yang terbaik untuk mencari redha dimana aku akan temui Keangungan Tuhan dan kelemahan mahluk.. Wassalam.

P/s: Tolong doakan aku..

Thursday, March 3

Sudah jatuh ditimpa tangga.. Oh Malaysiaku..

Assalamulaikum..
Aduh duh duh duh....
Sakit rasanya bila jatuh bertambah sakit bila ditimpa tangga pulak itulah kenyataanya, Pepatah melayu nie memang hebat dari segi kehidupan di negaraku ini.. Memang kena dengan keadaan aku sekarang nie, baru baru nie aku telah kehilangan beg dompet atau dalam bahasa lucahnya wallet/purse.. Kejadian nie berlaku kat tempat kerja, aku pun tak perassan bila, semasa aku nak bayar makan kt kantin ku seluk kocek seluar belakang tpi dah hilang puas aku cari tpi apakan daya jodoh tiada.. Dalam tu ada ic, lesen, kad bank, duit Rm 250 dan beberapa dokument lagi.. Salah aku juga la agaknya.. Tapi yang buat aku kecewa nie dah la aku nie ditimpa masaalah nak buat IC baru kena lagi Rm110 WALAUPUN KALI PERTAMA KEHILANGAN KAD PENGENALAN.. Aduhai.. Aku sorang je dah Rm110 Kalau ada 10 orang lagi yang senasib denganku dah Rm1100 wau kaya jual kad dengan rakyat nie.. Nasib2
Kalau yang mampu tak pe tapi kalau kena orang miskin ke orang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang macam mana depa nak bayar IC YANG BERHARGA RM 110 tu hah.. Bangga saya dengan sistem nie sungguh menguntungkan RAKYAT..
Jadi ku terpaksa pinjam duit adik aku untuk settlekan masaallah nie.. Akan teTapi terkena lagi ku kat bank pulak dah la aku tunggu sikit punya lama bila tiba je turn brader kat counter tu cakap " encik kad baru tidak boleh buat kalau takde ic, ic sementara tak valid"
What aku kat planet mana sekarang nie, kalau tak boleh guna ic sementara buat pe JPN bagi aku kertas tak valid nie aduuuaii.. Dah la jauh aku datang tapi aku sedar yang aku ada kat Alam dunia yang penuh dugaan, cabaran, penindasan, kelalaian, kezaliman dan macam macam lagi...
Astagfirullah..
Ya Allah berikan aku kesabaran amin..
Wassalam..