Apa yang ada hanyalah Kehidupan

ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ASHADUALLAH'ILAHAILLAWLAH
ASHADUALLAH'ILAHAILLAWLAH
ASHADUANNAMUHAMMADARRASULLULLAH
ASHADUANNAMUHAMMADARRASULLULLAH
HAIYAALOSSOLAH
HAIYAALOSSOLAH
HAIYAALALFALAH
HAIYAALALFALAH
ALLAHHUAKBAR
ALLAHHUAKBAR
LAILAHAILLAWLAH

INNASSOLATI, WANUSYUKI, WAMAHYAYA, WAMAMATI, LILLAHHIRABILALAMIN.

Monday, August 1

DOA JIBRIL AS.. MENJELANG RAMADHAN

Salam Saudaraku...
Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadan "Ya Allah abaikanlah puasa ummat Nabi Muhammad jika apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan 3 perkara :
1. Tidak memohon maaf terlebih dahulu kpd ke-2 orangtua nya.
2. Tidak bermaafan terlebih dulu antara suami isteri.
3. Tidak bermaafan terlebih dulu dgn org2 sekitarnya".
Maka Rasulullah pun ucapkan Amin 3x.
Oleh itu saya INGIN MEMOHON Maaf zahir & batin dan semoga Allah SWT memberkati /merahmati dan senantiasa menjaga ibadah puasa kita..selamat berpuasa.
Drpd, seluruh ahli keluarga ku.. Wassalam..

Friday, July 29

Ilmu Amal: Tazkiyatun Nafs Sebelum ke Alam Barzakh

Ilmu Amal: Tazkiyatun Nafs Sebelum ke Alam Barzakh: "Bermulalah semula rutin tahunan sepanjang kehidupan. Kedengaran lagu-lagu nasyid diputarkan di media, drama-drama keinsafan di tayangkan, ik..."

Wassalam..

Sunday, July 3

10 Amalan Popular Tetapi Songsang!

10 Amalan Popular Tetapi Songsang!

Wassalam..

Andai Isteri ku Artis

Assalamualaikum...

(sedang menonton telivesen bersama keluarga tetiba je nak buat entry nie).

Sayang... Andainya dirimu artis pasti kau berada didalam Tv dan aku dirumah bersama anak2 hanya menonton..
Pasti berjuta mata lelaki sedang melihat persembahan mu,sama ada dikaca tv atau yang melihatmu secara lansung.....
pasti ada yang melihatmu dengan keinsafan,(insaf tapi tenggok jugak)
sudah tentu ada yang melihatmu dengan hawa nafsu, (geram lagi tengok bini orang)
ada pula yang melihatmu dengan rasa menyampah, (jealos agaknya)
aku melihat pula dengan rasa bangga dan riak sebab ada isteri seorang popular, cantik, menggoda dan tentulah baik punya...(konon suami yang very understanding and supporting gila)(sebab aku tak yah keja cuma jaga anak-anak, makan minum bini aku tanggung maklumlah artis mestilah banyak duit).ha ha ha ha....

Tetiba aku rasa macam kena cubit " adoi sakitnya " " berangan kew " oh baru aku sadar dari lamunan yang yang di sponsor oleh syaitan and iblis holding sdn.bhd. yang memang suka membuat manusia lalai leka dan beranggan macam aku tadi. Nasib baik Allah bagi aku satu bidadari surga jelmaan dunia untuk cubit peha aku agar tidak terus tengelam oleh angan-angan Alhamdulillah..
Oh bidadariku rasanya tidak sanggup aku membiarkan tubuh mu sayang dijamah oleh mata mata lelaki lain yang bukan muhrim walau pun cuma diaorang dengar suaramu pun abg jealeos. Kita mungkin akan hanyut dalam dunia kerana sebagai maknusia kita ada satu sifat yang agak susah untuk kita ubah dengan segera iaitu nikmat yang apabila kita sudah terbiasa dengan nikmat itu apabila tiba tiba hilang pasti kita akan merasa murung dan kecewa. Sebab aku pernah rasa dulu aku pernah hidup dalam kemewahan namun segalanya milik Tuhan musibah menimpaku tiba tiba aku kehilanggan hampir segala-galanya.Dari empat roda ke tak de roda langsung padam muka aku..
Namun aku bersyukur sangat sangat kerana ALLAH sangat sayangkan aku, Dia menyadarkan aku agar aku tidak terus hanyut dalam kemewahan dunia. Ya dulu aku pernah hanyut, hanyut yang hampir melemaskan aku terus dalam ombaknya. Kini aku meneruskan sisa sisa perjalanan untuk aku cuba memperbaiki beberapa atau seberapa banyak kelemahan diri untuk menuju kealam seterusnya, Setiap yang hidup pasti mati dan yang mati akan masuk kubur dan bila masuk kubur pasti kena soal dan bila kena soal kenalah bersedia dengan jawapanya. kalau tak boleh jawab teruk le kena belasah sampai hancur,kemudian disambung balik badan yang hancur tadi dan ditanya lagi soalan ianya akan berulang ulang sehingga sama ada kita dapat jawapannya and go to next question atau kena la belasah hari hari sehingga datangnya hari khiamat..
Alamak bidadari den dah bising nak ampai baju dah tak cukup ruang adik aku ada balik so penuh la ampai so insyaALLAH kita berbicara lagi dilain waktu dilain masa dilain ketika eheheh dah la tu Wassalam..

Saturday, July 2

Kepada Insan yang telah ku tipu.....

Aku memohon maaf kepada seorang insan yang telah ku berbohong kepadanya baru-baru nie.. Permohonan maaf secara terbuka diblog dan FB ni kerana aku tidak mengenali beliau..secara kebetulan Aku terserempak dengan beliau disalah satu masjid didaerah Batu pahat.

Begini cerita sebenarnya.. Secara kebetulan aku singgah dimasjid untuk menunaikan solat zohor sebabnya tentulah dah masuk waktu dan berniat untuk berjemaah(perasan diri alim). Sebelum solat kena la ambik wudukan tapi terasa nak terwewe(buang air kecil) pulak lalu aku pun menuju ke tandas namun sebelum masuk kediaman syaitan kena la baca doa(konön beriman la tu). Keluar tandas pun baca doa jugak(tak baik je aku cerita amalan pada orang lain ish..ish jgn riak).

Sedang aku nak mulakan berwuduk (tempat berwuduk berada betul dihadapan tandas tadi) tetiba aku ternampak seorang insan nie terus je masuk tampa berdoa atau menutup kepalanya lepas tu langkah masuk pun kaki kanan ish..ish.. Lepas siap je ku berwuduk timbul la idea nak tegur insan tadi tapi macam mane yek???

Nampak sahaja dia keluar dari tandas aku pun terus tutup hidung menunjukkan riaksi pada insan tadi bahawa dia busuk.. dengan dahi yang berkerut Dia pun tanya la kat aku "kenapa ni bro ade bau apa2 ke?"

Dengan selamba je aku jawab " ade bang, Bau Taik tapi bukan setakat bau je bang taiknya pun saya nampak". Dalam keadaan yang bingung insan tadi pun membelek-belek dirinya.. Kerana tidak nampak apa-apa dia tanya lagi "kat mana bro?".
Memang nak kena nie kata aku dalam hati masih tak faham maksud aku lalu dengan selamba je aku jawab " kat atas kepala" dan terus je aku tinggalkan dia dalam keadaan binggung dengan jawapan aku tadi, lepas solat aku rasa bersalah kerana berbohong timbul dalam diri aku pun cari insan tadi sama ada lagi tak untuk aku memohon maaf darinya kerana telah menipunya sebab aku tak bau busuk pun dan tak nampak pun najisnya....
Aku harap insan tu dapat maafkan aku..tidak sengaja untuk menipu atau pun mempermain-mainkan beliau....wassallam..
P/s, Tolong maafkn aku bro..Peace yo!!

Thursday, June 30

I follow

Salam..

(Maafkan saya ini bukan rancangan abang jem ya)


aduhai lamanya x up to date blog ni dh penuh laman sesawang dh pulak nk kena bersihkn ni..
Alhamdulillah diam diam pn ada gak follower baru walau pn x selalu up2date. Kepada follower terima kasih. Walau pn 9 orng aku akn berusaha untk selalu update InsyaALLAH..
Untk pengethuan aku update pn pakai telefon tangan je (hand phone) belum mampu nk beli komputer riba(laptop) atau komputer meja(desktop) tpi keinginan aku untk menulis tinggi mcm kl cc hehehe..
So walau pn mengunakn ibu jari je untk menaip ku akn berusaha jgk menaip tentang pe je yg ada difikiran.
Namun syaitan selalu je wat aku rasa malas, mungkin krna aku nk wt bnda baik(perasan bagus)
Musuh kita sisetn 2 x pernh jemu dn malas utk sesatkn kita mereka cukup komited dn kreatif dlm usaha utk sesatkn ank2 Adam. Dendam mrk sentiasa membara walau dilawan atau ditentng. Hebat mahluk jahat nie.
Namun hebat mana pn mereka ke neraka jahanam juga tempatnya..
Jadi kita manusia kenalh lebih hebat dalam berusaha untk melawan mereka. Kita kena lebih kreatif, inovatif dn sensitif dlm setiap amalan atau pe saja yg kita lakukn diDunia ini, kerana sedikit saje kelalaian akn meletak diri kita jauh dari Jln yg lurus. Disetiap tepi jln yg lurus itu mereka sedng menanti untk menjatuhkn kita.. A'nguzubillah himinasyaitonirrajim..
Wassalam.

Thursday, May 26

Pada siapa kau bersyukur?

Salam...
SYUKUR - menerima ketentuan dengan rasa rendah diri dan menjalankan tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah dimuka bumi ini. Seandainya aku salah tolong betulkan aku.
Melakukan Solat adalah antara sifat orang yang bersyukur. Jika tak Solat maknanya tidak bersyukur. Sentiasa merasakan diri dilihat oleh ALLAH. Sentiasa ingat akan kematian, alam kubur dan Akhirat. Meletakkan perjuangan agama sebagai landasan hidup. Mengingati dosa lampau juga dan merasakan diri lemah dan tidak bermaya kerana segala2nya yang berlaku atau terjadi Adalah dengan keizinan ALLAH AZAWAJALLA.
Lakukan sebanyak mungkin amalan yang baik seperti membaca Al-QURAN( seandainya tidak berkemampuan baca surah2 yang pendek dan mudah dulu) kalau boleh amalkan membaca surah Yaasin seminggu sekali. Jangan tinggalkan Al-QURAN kerana ianya ubat bagi jiwa.
Zikir sebanyak mungkin sama ada secara hasanah(mulut) atau Shir(hati).
Beristigfar juga boleh membantu andai terlihat, bercakap, terniat, terbayang, termimpi, dan segala yang melibatkan dosa dan maksiat segeralah beristigfar.
Sentiasa merasa syaitan ada disekeliling yang tidak akan berhenti untuk menyesatkan kita sampai ajal kita.
Sentiasa juga merasa yang kita selalu dijengah oleh Malaikat Maut (70 kali sehari dia melawat setiap manusia).
Banyak lagi cara yang terbaik untuk merasakan erti syukur. Namun tak mampu aku untuk menaip lagi..
Pesanan aku jangan bersyukur pada mahluk, syarikat, majikan, ayah, mak, adik, abang, patung, kereta, rumah, kerajaan, ketua kampung, pak imam, parti politik atau apa sahaja selain dari bersyukur hanya Pada yang berhak ALLAH AZAWAJALLA sahaja. Wassalam.Wassalam..

Sunday, May 15

Mudahnya Kau Berubah?

Assalamualaikum..
Lama dah tulis apa apa note.. dok sebukkan hal hal dunia je hingga terlupa hal hal di Akhirat,
Ish,ish,iisshh... Kenapa la kau mudah benar berubah. Baru sikit je dugaan yang diberikan kau dh berubah?
Baru sedikit kelapangan masa diberikan kau dh berubah?
Baru sedikit kemewahan yang diberikan kau dh berubah?
Baru sedikit kekecewaan kau dh berubah?
Baru sedikit kesakitan kau dah berubah?

Kenapa kau begitu mudah berubah sedangkan perubahan itu adalah yang buruk bagimu tapi kenapa kau memilih untuk tunduk dan berubah kepada kehancuran hidup didunia mahu pun diakhirat..hmmm...
Bodohnya kau ditipu ____ . (Nak taip nama menatang tu pun menyampah). Wassalam..

Monday, March 28

YAng Terindah hanya sementara

assalamualaikum... Yaa bakal bakal ahli kubur sekalian..(temasuk lah aku)kan kan kan..
Aku memang suspek abis kat title post nie, mau tak nya macam tajuk lagu tu.. Hi hi hi(sedang perasan yang diri ku kelakar)
Memang benar apa saja kita sedang kecapi dan yang bakal kecapi pasti kita mau hidup yang penuh keindahan dan terindah(sebagai nikmat dalam hidup) ianya pada aku lumrah kejadian manusia.. Kita adalah keturunan Nabi Adam a.s. Yang telah diciptakan oleh Al-MALIK, kemudian berlaku peristiwa syaitan menderhaka kepada Al-AZIZ gara gara tidak mahu sujud pada Nabi Adam a.s. Dan pada masa itu jugalah wujudnya permusuhan antara manusia dan syaitan. Kemudian Nabi Adam as telah ditempatkan disurga..(fitrah kita) dalam diri setiap manusia mahukan yang terindah asal usul duduk surgakan, namun yang terindah hanya sementarakan Akhinya Nabi Adam as telah dibuang kedunia gara gara musuh kita syaitan.(tpi masih ramai yg nak kawan dengan musuhnya sendiri) kita mudah ditipu, yang salah kita kata betul, yang betul kita kata salah.. Lagi la zaman nie, dah entah berbilion juta tahun agaknya syaitan dok kaji sifat2 manusia tang mana depa nak bagi jahanam hidup kita nie. Mahluk nie kalau depa x dapat jahanamkan hidup kita kat dunia, depa dok layan kita supaya lalai dan leka kat dunia ni biar jahanam hidup kita kat Akhirat pulak..
Jadi aku nak nasihat pada diri aku ni agar aku selalu ingat pada ALLAH AZAWAJALLA, ingat Mati, ingat solat berjemaah, amal sunnah seberapa banyak yang mampu, ikhlas, jujur, amanah, sabar dan selalu selalulah membaca Kalam Allah(Al-Quraan). InsyAllah..Wassalam..

Saturday, March 19

Tolong Doakan Aku

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dalam kesibukkan dunia masih ada lagi kesempatan yang dikurniakan Al- Aziz buat aku untuk membuat nota nota peribadi.
Redha dengan ketentuan adalah antara asas asas Iman yang amat penting bagi mendekat diri dengan Al-Malik. Namun hanya perkataan Redha saja yang mudah disebut namun untuk melaksanakannya bukan perkara yang mudah. Namun hakikatnya semua ujian yang diberikan adalah bersesuaian dengan kemampuan mahluk. ALLAH TIDAK PERNAH MENZALIMI MAHLUKNYA, namun mahluk yang sering berlaku zalim pada dirinya sendiri. Begitu juga dengan aku, masih mencari dan berusaha untuk redha namun hidup didunia yang penuh dengan kepalsuan bukan perkara enteng. Lihat saja disekeliling aku, maksiat bagaikan satu perkara biasa. Dari pelbagai sudut dari tuntutan hawa nafsu hingga ke soal ibadah pun diiringi maksiat. Bercakap atau melontarkan pendapat memang mudah namun untuk merealisasikan adalah ujian yang berterusan. Sifat kesabaran yang tinggi dan istiqamah yakni berterusan hanyalah jalan terbaik untuk menuju kearah redha.
Ibarat kail panjang sejengkal jangan lautan nak diduga sama la dengan usaha untuk redha tpi ilmunya tidak dituntut (dipelajari). Menimba ilmu agama adalah cara yang terbaik untuk mencari redha dimana aku akan temui Keangungan Tuhan dan kelemahan mahluk.. Wassalam.

P/s: Tolong doakan aku..

Thursday, March 3

Sudah jatuh ditimpa tangga.. Oh Malaysiaku..

Assalamulaikum..
Aduh duh duh duh....
Sakit rasanya bila jatuh bertambah sakit bila ditimpa tangga pulak itulah kenyataanya, Pepatah melayu nie memang hebat dari segi kehidupan di negaraku ini.. Memang kena dengan keadaan aku sekarang nie, baru baru nie aku telah kehilangan beg dompet atau dalam bahasa lucahnya wallet/purse.. Kejadian nie berlaku kat tempat kerja, aku pun tak perassan bila, semasa aku nak bayar makan kt kantin ku seluk kocek seluar belakang tpi dah hilang puas aku cari tpi apakan daya jodoh tiada.. Dalam tu ada ic, lesen, kad bank, duit Rm 250 dan beberapa dokument lagi.. Salah aku juga la agaknya.. Tapi yang buat aku kecewa nie dah la aku nie ditimpa masaalah nak buat IC baru kena lagi Rm110 WALAUPUN KALI PERTAMA KEHILANGAN KAD PENGENALAN.. Aduhai.. Aku sorang je dah Rm110 Kalau ada 10 orang lagi yang senasib denganku dah Rm1100 wau kaya jual kad dengan rakyat nie.. Nasib2
Kalau yang mampu tak pe tapi kalau kena orang miskin ke orang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang macam mana depa nak bayar IC YANG BERHARGA RM 110 tu hah.. Bangga saya dengan sistem nie sungguh menguntungkan RAKYAT..
Jadi ku terpaksa pinjam duit adik aku untuk settlekan masaallah nie.. Akan teTapi terkena lagi ku kat bank pulak dah la aku tunggu sikit punya lama bila tiba je turn brader kat counter tu cakap " encik kad baru tidak boleh buat kalau takde ic, ic sementara tak valid"
What aku kat planet mana sekarang nie, kalau tak boleh guna ic sementara buat pe JPN bagi aku kertas tak valid nie aduuuaii.. Dah la jauh aku datang tapi aku sedar yang aku ada kat Alam dunia yang penuh dugaan, cabaran, penindasan, kelalaian, kezaliman dan macam macam lagi...
Astagfirullah..
Ya Allah berikan aku kesabaran amin..
Wassalam..

Thursday, February 17

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke 15 Isteriku..G.

Dalam dunia yg serba moden dn maju sekarang nie semakin banyak cabaran dn dugaan dalam usaha mencari Kebahgiaan Rumah Tangga. Keruntuhan rumah tangga kini semakin meruncing dn ianya berlaku dari pelbagai jenis punca dan sebab. Ingatlah dalam usaha mencari kebahgiaan Rumah tangga ianya tangung jawab bersama. Bukan perjuangan individu.. Ianya perjuangan untuk melengkapi atau mengisi kekuranggan yg ada. Jika kita lihat dari sudut agama ianya akan lebih jelas dan lengkap.
Kunci nya ialah Sabar, Usaha, Doa, Bertawakal dan Redha dgn takdir ILAHI..
Ini cuma pendptku yg tidak boleh dijadikan landasan tpi sekadar informasi dn maklumat..
INSYAALLAH..

Kepada Siti Puziah binti Rosli Abang love U so much until death separate us..
Wassalam..

Wednesday, February 16

Pernahkah kita terfikir?????????????

Pernahkah kita terfikir bahawa maut akan datang waktu kita lena tidur?

Pernahkah kita terfikir dapatkah kita melawan godaan terakhir syaitan terhadap kita tika sakaratul Maut datang menjemput?

Pernah kita terfikir apabila kita tidor dalam kekenyangan tidakah akan menyusahkan orang yang nak mandikan kita nanti?

Pernahkah kita terfikir dimana kita akan tinggal sementara menunggu kiamat?

Pernahkah kita terfikir dari golongan yang manakah kita akan bangkitkan?

SURGA?

ATAU

NERAKA?

Mana kita akan ditempatkan YA...??
Wassalam..

Tuesday, February 15

Ingatilah ALLAH AZAWAJALLA Dalam Susah dan Senang..

Salam...
Semakin hari semakin rindu,,,
semakin hari semakin Cinta,,,
semakin hari semakin sayang,,,
padaNYA ku serah seluruh jiwa raga, biar pun kemungkinan akan ku merasa siksa dan kepedihan Neraka takkan ku berpaling..

Alhamdulillah.. Dengan keizinan dari Yang Maha Berkuasa untuk aku melakar contenggan dalam blog ini lagi dan lagi dan lagi dan lagi....

Wah.. Kalau diamati tajuk tu betul betul tersentap jiwa raga dibuatnya.. Manakan tidaknya sebagai manusia@hamba Allah S.w.t pasti kita akan merasa rendah diri dan sedih diatas segala kesilapan yang disengajakan atau tidak disengajakan..(itu pun bagi yang beringat).
Terdapat 3 kategori yang kebiasaannya ada pada masyarakat sekarang nie termasuk Aku..
Pertama..
Apabila senang pun tak ingat susah pun tak ingat(paling teruk la) ini agak kritical silap haribulan boleh mati dalam kekufuran.. Nauzubillahhiminzalik.. Ya Allah jadikan ku hamba yang sentiasa mengigatiMU.. Usahakanlah untk tidak tergolong dalam keadaan yang demikian..

Kedua golonggan yang masa susah je ingat tpi masa senang buat2 lupa pulak. Ish2 apa nak jadi nie, luka yang dah dijahit dibuka semula supaya tambah berulat dan busuk.. Janganlah mcm nie, cuba kita ingat balik apa sebenarnya tujuan kita dilahirkan kedunia dan siapalah kita tanpa Allah Azawajalla, kita lemah dan jahil.
Ingatlah setiap apa sahaja yang kita lalui merupakan ujian dari Allah Azawajalla susah atau senang ianya adalah ujian..

Ketiga susah dan senang tetap mengingati Allah Azawajalla inilah perkara yang terbaik untuk menjalani kehidupan didunia nie.. Ingatlah kita hanya singgah sebentar saja demi mencari bekalan untuk meneruskan perjalanan ke distinasi yang terakhir iaitu Akhirat.
Wassalam..

Sunday, January 30

Cinta, Kasih dan Sayang..

Salam..
Baru baru nie ada seorang rakan bertanyakan pada aku di FB apa beza antara Cinta kasih dan sayang.. Wow mendalam nie pada aku la tapi pada orang lain aku tak tau la..
Aku pun cuba la jawab seberapa yang mampu..lagi pun kat FB nie terhad je commentnya.. Kerana aku rasa tidak puas dengan bebelan aku sendiri di FB kali nie aku nak bebel panjang sikit kat Blog aku jadi aku punya suka la yea..

CINTA.. Satu istilah yang aku rasa sejak orang dulu lagi dah guna perkataan nie, dalam Al-Quraan dan hadis2 pun ada perkataan ini setelah diterjemahkan. Ianya amat luas dari pelbagai segi baik rohaniah atau jasmani. Namun cinta yang paling Agung hanyalah pada ALLAH SUBHANAWATAALA.. Ianya terlalu tinggi martabatnya hingga boleh membuat seseorang yang telah tenggelam dalam cinta ini berubah dari keseluruhan segi jiwa, nafsu, akal dan jasadnya..
Abu Razin ak-Uqali pernah bertanya pada Rasulullah SAW mengenai iman: Baginda menjawab ianya menempatkan Allah Azawajalla dan Rasul-Nya dengan kecintaan yang lebih tinggi berbanding yang lain2. Akan tetapi tingkat cinta ini sukar untuk ditemui pada zaman yang serba maju sekarang ini kalau ada pun pasti akan mudah disalah ertikan oleh masyarakat.. Diceritakan dari As-Sirri as-Suqti: Pada hari Kiamat umat manusia akan diseru oleh nabi masing-masing akan tetapi seruan seperti itu tidak dialami oleh orang-orang yang mencintai Allah Azawajalla kerana mereka akan diseru secara khusus dan ketika itu hati mereka seolah-olah hendak tertanggal kerana teramat gembira Masyaallah..
Jadi Cinta hanya layak digelarkan Cinta apabila ianya di letakkan pada keseluruhan jiwa raga.

KASIH.. Ianya melibatkan soal perasaan. Suatu sifat yang lebih tebuka dan dapat dirasakan melalui penglihatan dan sifat yang tersembunyi hanya dirasakan oleh mata hati.. Keterbukaan sifat kasih ini membuat manusia sentiasa tolong menolong, bantu membantu, bersimpati walaupun kepada mahluk-mahluk yang lain.. Namun sifat kasih ini juga semakin hilang dari dalam diri manusia.. Kita boleh lihat semakin ramai bersikap kejam tidak mengira lagi soal perikemanusian. Bunuh membunuh, hasad dengki, soal kuasa serta pelbagai bentuk kerosakan dan kemusnahan.. Ketamakkan membuat manusia hilang pertimbangan..
Kasih pada aku ianya bukan sahaja terletak pada manusia akan tetapi pada seluruh isi alam..

SAYANG.. Hmm.. Sifat sayang pun boleh diketegorikan sebagai sifat terbuka namun agak peribadi, ianya juga andai diletakan pada tempat yang salah akan membuat seseorang itu berhadapan dengan pelbagai permasaalahan. Contoh sayang nak tinggal rancangan TV padahal waktu solat dah nak habis..ish-ish.. Namun sifat sayang ini jika diletakkan pada tempat yang betul ianya akan menjadi kekuatan pada seseorang contoh.. Seseorang yang Sayangkan AGAMA dan negaranya akan sanggup mati demi mempertahankanya.. ALLAH HUAKBAR.
Jadi kesimpulan dari aku yang sekolah tak setinggi mana nie ialah Letakanlah Rasa Cinta Kasih dan Sayang pada tempat yang sebenar-benar dan sebaik-baiknya. Jadikanlah sifat yang Allah Azawajalla anugerahkan pada kita manusia nie pada kedudukan yang diredainya Insyaallah kita akan mendapat merasa kembali nikmat yang tidak kita rasakan sebelum ini..
Wassalam..

Saturday, January 22

Kenapa perlu marah marah...

Ade yang tanya aku soalan ini, tpi ku masih belum betul betul pasti jawapannya tapi ku nak cuba jawab juga dalam blog ku nie blog aku sukati aku la kan kan..

Sebenornya aku pun tak pasti yang aku tahu pekataan MARAH kalau ditebalikan jadi la HARAM.. Ish ish..
Tapi orang kata la, kalau tak MARAH pun tak boleh jugak.. Pening..pening, kejap boleh kejap tak boleh, manusia sering meletakkan anggapan peribadi pada sesuatu perkara itu tanpa melihat dengan lebih dalam lagi.. Kalau dari sudut agama pulak Marah nie bukan perkara yang digalakkan atau di perintahkan bahkan ianya dianggap tingkah laku iblis latnatullah yang MARAH apabila diperintahkan ALLAH AZAWAJALA untuk sujud pada Nabi Adam a.s. Pada ketika itu iblis laknatullah meletak rasa MARAH pada sifat ego, bangga diri, cemburu dan tamakkan kedudukannya sebagai Ketua malaikat pada masa itu..
Jadi kesimpulan yang aku boleh letakan kat sini adalah jangan MARAH-MARAH ianya sifat iblis laknatullah.. Gunakan sifat itu pada iblis itu sendiri..MARAHkan mereka kerana menganggu hidup manusia.. Dan gunakan sifat SABAR dalam kehidupan.. Sesungguhnya hanya dengan menunaikan Solat 5 waktu hidup kita akan lebih lancar dan tenang.. INSYAALLAH..
Wassalam..