Apa yang ada hanyalah Kehidupan

ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ASHADUALLAH'ILAHAILLAWLAH
ASHADUALLAH'ILAHAILLAWLAH
ASHADUANNAMUHAMMADARRASULLULLAH
ASHADUANNAMUHAMMADARRASULLULLAH
HAIYAALOSSOLAH
HAIYAALOSSOLAH
HAIYAALALFALAH
HAIYAALALFALAH
ALLAHHUAKBAR
ALLAHHUAKBAR
LAILAHAILLAWLAH

INNASSOLATI, WANUSYUKI, WAMAHYAYA, WAMAMATI, LILLAHHIRABILALAMIN.

Saturday, July 2

Kepada Insan yang telah ku tipu.....

Aku memohon maaf kepada seorang insan yang telah ku berbohong kepadanya baru-baru nie.. Permohonan maaf secara terbuka diblog dan FB ni kerana aku tidak mengenali beliau..secara kebetulan Aku terserempak dengan beliau disalah satu masjid didaerah Batu pahat.

Begini cerita sebenarnya.. Secara kebetulan aku singgah dimasjid untuk menunaikan solat zohor sebabnya tentulah dah masuk waktu dan berniat untuk berjemaah(perasan diri alim). Sebelum solat kena la ambik wudukan tapi terasa nak terwewe(buang air kecil) pulak lalu aku pun menuju ke tandas namun sebelum masuk kediaman syaitan kena la baca doa(konön beriman la tu). Keluar tandas pun baca doa jugak(tak baik je aku cerita amalan pada orang lain ish..ish jgn riak).

Sedang aku nak mulakan berwuduk (tempat berwuduk berada betul dihadapan tandas tadi) tetiba aku ternampak seorang insan nie terus je masuk tampa berdoa atau menutup kepalanya lepas tu langkah masuk pun kaki kanan ish..ish.. Lepas siap je ku berwuduk timbul la idea nak tegur insan tadi tapi macam mane yek???

Nampak sahaja dia keluar dari tandas aku pun terus tutup hidung menunjukkan riaksi pada insan tadi bahawa dia busuk.. dengan dahi yang berkerut Dia pun tanya la kat aku "kenapa ni bro ade bau apa2 ke?"

Dengan selamba je aku jawab " ade bang, Bau Taik tapi bukan setakat bau je bang taiknya pun saya nampak". Dalam keadaan yang bingung insan tadi pun membelek-belek dirinya.. Kerana tidak nampak apa-apa dia tanya lagi "kat mana bro?".
Memang nak kena nie kata aku dalam hati masih tak faham maksud aku lalu dengan selamba je aku jawab " kat atas kepala" dan terus je aku tinggalkan dia dalam keadaan binggung dengan jawapan aku tadi, lepas solat aku rasa bersalah kerana berbohong timbul dalam diri aku pun cari insan tadi sama ada lagi tak untuk aku memohon maaf darinya kerana telah menipunya sebab aku tak bau busuk pun dan tak nampak pun najisnya....
Aku harap insan tu dapat maafkan aku..tidak sengaja untuk menipu atau pun mempermain-mainkan beliau....wassallam..
P/s, Tolong maafkn aku bro..Peace yo!!

No comments: