Apa yang ada hanyalah Kehidupan

ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ASHADUALLAH'ILAHAILLAWLAH
ASHADUALLAH'ILAHAILLAWLAH
ASHADUANNAMUHAMMADARRASULLULLAH
ASHADUANNAMUHAMMADARRASULLULLAH
HAIYAALOSSOLAH
HAIYAALOSSOLAH
HAIYAALALFALAH
HAIYAALALFALAH
ALLAHHUAKBAR
ALLAHHUAKBAR
LAILAHAILLAWLAH

INNASSOLATI, WANUSYUKI, WAMAHYAYA, WAMAMATI, LILLAHHIRABILALAMIN.

Thursday, May 26

Pada siapa kau bersyukur?

Salam...
SYUKUR - menerima ketentuan dengan rasa rendah diri dan menjalankan tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah dimuka bumi ini. Seandainya aku salah tolong betulkan aku.
Melakukan Solat adalah antara sifat orang yang bersyukur. Jika tak Solat maknanya tidak bersyukur. Sentiasa merasakan diri dilihat oleh ALLAH. Sentiasa ingat akan kematian, alam kubur dan Akhirat. Meletakkan perjuangan agama sebagai landasan hidup. Mengingati dosa lampau juga dan merasakan diri lemah dan tidak bermaya kerana segala2nya yang berlaku atau terjadi Adalah dengan keizinan ALLAH AZAWAJALLA.
Lakukan sebanyak mungkin amalan yang baik seperti membaca Al-QURAN( seandainya tidak berkemampuan baca surah2 yang pendek dan mudah dulu) kalau boleh amalkan membaca surah Yaasin seminggu sekali. Jangan tinggalkan Al-QURAN kerana ianya ubat bagi jiwa.
Zikir sebanyak mungkin sama ada secara hasanah(mulut) atau Shir(hati).
Beristigfar juga boleh membantu andai terlihat, bercakap, terniat, terbayang, termimpi, dan segala yang melibatkan dosa dan maksiat segeralah beristigfar.
Sentiasa merasa syaitan ada disekeliling yang tidak akan berhenti untuk menyesatkan kita sampai ajal kita.
Sentiasa juga merasa yang kita selalu dijengah oleh Malaikat Maut (70 kali sehari dia melawat setiap manusia).
Banyak lagi cara yang terbaik untuk merasakan erti syukur. Namun tak mampu aku untuk menaip lagi..
Pesanan aku jangan bersyukur pada mahluk, syarikat, majikan, ayah, mak, adik, abang, patung, kereta, rumah, kerajaan, ketua kampung, pak imam, parti politik atau apa sahaja selain dari bersyukur hanya Pada yang berhak ALLAH AZAWAJALLA sahaja. Wassalam.Wassalam..

No comments: